Rabu, 9 Februari 2011

Nasihat Warren Buffet



Warren buffet ialah orang kedua terkaya di dunia dan beliau adalah pemilik kepada syarikat pelaburan, Berkshire Hathaway. Purata % keuntungan yang diperolehi oleh syarikat beliau setiap tahun ialah sebanyak 34%. setahun Syarikat pelaburan beliau ini adalah syarikat pelaburan yang terbaik di dunia…

Berikut ialah nasihat dari Warren Buffet

Bekerja Keras : Semua kerja keras akan membawa kepada keuntungan, tetapi jika “cakap sahaja” , akan membawa kepada kemiskinan.

Kemalasan : Orang yang tidur akan hanyut dibawa arus

Pendapatan : Jangan sesekali bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan. Sekuang-kurangnya, buatlah pelaburan sebagai pendapatan kedua anda(kita perlu memcari sumber pendapatan sampingan)

Perbelanjaan : Jika anda membeli sesuatu yang anda tidak perlukan, kelak, anda akan menjual sesuatu yang anda perlukan.

Simpanan : Jangan menyimpan apa yang tinggal selepas berbelanja. Berbelanjalah selepas apa yang tinggal selepas menyimpan.

Pinjaman : Si peminjam akan menjadi hamba kepada si pemberi pinjaman (Original : It’s no use carrying an umbrella, if your shoes are leaking)

Audit : Hati-hati dengan perbelanjaan kecil. Kebocoran kecil boleh menyebabkan sebuah kapal yang besar boleh karam di lautan.

Pengambil Risiko : Jangan sesekali menguji kedalaman sungai menggunakan kedua-dua kaki anda.

Pelaburan : Jangan masukkan semua telur anda dalam satu bakul. (jika memasukkan semua telur dalam satu bakul akan membuatkan kan telur itu pecah)

1 ulasan:

  1. berikut adalah alih bahasa enggeris ke dalam bahasa melayu...
    jadi tu la ayat dia tak berapa nak betul...

    BalasPadam