Isnin, 7 Mac 2011

Bila tahap kesedaran megenai pengurusan kewangan sudah meningkat, kita dah mula berani mencari peluang baru yang wujud untuk menambahkan saiz tabungan kewangan. Hati siapa yang tak terdetik untuk melihat diri sendiri atau ahli keluarga hidup dalam kesempurnaan dan bebas dari memikirkan masalah hutang-piutangserta kekurangan wang dalam menjalani kehidupan di dunia yang mencabar serta penuh dengan ketidakadilan ini.
Jika tidak untuk diri sendiri sekurang-kurangnya untuk bekalan penyambung generasi. Sebagai golongan sedarhana, kita sentiasa menjadi suruhan golongan bangsawan serta berpangkat Dato dan Tan Sri dalam usaha untuk memkayakan harta-harta mereka. Jadi, apa yang tinggal untuk kita? Pengumuman kadar tarif elektrik dan air serta barangan kegunaan harian yang semakin naik saban tahun. Tahniah!
Jika kamu sudah melabur di dalam dana PNB seperti ASB, kemudiannya emas atau syer keanggotaan koperasi, berkemungkinan besar saham IPO juga boleh kamu tambahkan di dalam senarai portfolio pelaburan. Apa yang dimaksudkan dengan saham IPO dan bagaimana ianya wujud, berfungsi dan risikonya?
IPO (Initial Public Offering) adalah saham penyenaraian awal yang ditawarkan oleh syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia biasannya ditawarkan oleh sebuah syarikat yang kecil serta baru yang memerlukan dana tambahan untuk mengembangkan operasi perniagaan. IPO selalunya ditawarkan kepada beberapa golongan, antaranya pelabur institusi (badan-badan pelaburan), pelabur runcit (masyarakat umum), dan pekerja syarikat yang akan disenaraikan sendiri. Bukanlah mereka tidak boleh meminjam wang dari bank tetapi dengan syarat ketat, kadar faedah dan risiko tinggi membuatkan syarikat memilih jalan untuk menjana dana melalui penyenaraian saham.
Sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan saham syarikatnya untuk dijual di pasaran terbuka - Bursa Malaysia (BSKL) perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) iaitu memenuhi semua syarat yang ditetapkan. SC adalah pihak yang akan menilai samada perniagaan syarikat yang memohon penyenaraian mempunyai prospek perniagaan yang baik ataupun tidak. Manakala BSKL akan mengawasi perjalanan syarikat selepas penyenaraian sama ada syarikat senaraian awam mematuhi peraturan yang ditetapkan. Apabila syarikat telah mendapat kelulusan untuk penyenaraiannya, mereka akan mengiklankan saham-saham mereka untuk dijual diakhbar-akhbar utama. Saham-saham inilah yang dipanggil saham-saham IPO.
Saham-saham tidak dijual satu-satu seperti kamu membeli barangan tetapi dijual secara pukal dipanggil lot. Dalam 1 lot mengandungi 100 unit saham. Jika tawaran satu unit saham adalah RM1, maka 1 lot berharga RM100. Begitupun, terdapat kekangan dari segi jumlah bilangan lot yang boleh dipohon untuk seorang individu. Ada hadnya bagi jumlah lot yang boleh dipohon. Mungkin seorang individu hanya dibenarkan memohon maksimum 20 lot atau sebagainya.
Jika permohonan melebihi tawaran, sistem pemilihan rawak dilakukan (cabutan undi) untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat saham IPO. Bab ni leceh sebab kebanyakkan yang oversubscribed ni adalah syarikat yang betul-betul kukuh dan pelabur sangat yakin akan menghasilkan keuntungan.
“Dekat mana aku boleh tengok senarai IPO yang ditawarkan? Macam mana lak aku nak beli saham IPO ni bila dah berkenan?”
Kamu bolehlah rujuk ke laman web Bursa Malaysia untuk melihat senarai saham IPO yang ditawarkan untuk dilanggan oleh kamu. Manakala pembelian saham-saham ini bukanlah boleh dibeli begitu sahaja. Pertama kamu perlu berdaftar dengan sekuriti dan membukaserta mendaftar akaun CDS. Perkara ini akan dibincangkan pada entri yang lebih khusus berkenaan cara membuka akaun CDS.
“Apa lagi yang perlu aku ambil tahu dalam membuat pemilihan saham IPO yang betul-betul menguntungkan?”
Di dalam proses menyenaraikan saham terbitan awam, syarikat melalui bank pelaburan (Investment Bank) mesti mengeluarkan prospektus yang di dalam menyenarai antaranya;
  • Latar belakang syarikat
  • Ahli lembaga dan pengarah
  • Kedudukan kewangan
  • Risiko yang bakal dihadapi
  • Pesaing dalam pasaran
  • Pelanggan utama syarikat
  • Lain-lain hal dirasakan perlu
Seseorang pelabur iaitu kamu yang ingin membeli saham IPO perlu melihat kepada beberapa faktor sebelum melanggan seperti;
  • Kebergantungan kepada pelanggan
  • Prospek perniagaan
  • Pengalaman pengarah syarikat
  • Syarikat milik keluarga atau institusi
  • Lain-lain hal dirasakan perlu
Kedudukan kewangan biasanya tidak menjadi masalah pada syarikat senaraian awam kerana penyenaraian di pasaran utama memerlukan keuntungan perniagaan sebanyak RM5 juta sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun berturut-turut. Namun begitu, kebergantungan pada kurang daripada 5 pelanggan utamaboleh menjejaskan syarikat pada masa depan, begitu juga pengalaman pengarah yang kurang daripada 10 tahun dan sebagainya.
Oleh itu, perlu berhati-hati sebelum membeli saham IPO. Berdasarkan pengalaman orang lama, syarikat yang terlibat dalam industri tekstil, makanan, hartanah jarang mendapat sambutan dan biasanya permintaan untuk syarikat ini akan terkurang langgan (Undersubsribed). Bila terkurang langgan, harga saham biasanya akan jatuh daripada harga tawaran semasa hari pertama ia disenaraikan. Manakala saham syarikat yang terlibat di dalam syarikat minyak, teknologi, glove, pembinaan biasanya akan mendapat sambutan daripada pelabur menyebabkan harga saham akan naik pada hari pembukaan.
IPO juga berisiko sama seperti saham-saham yang sudah tersenarai cumanya selalunya IPO ini mempunyaivalue yang mampu memberikan keuntungan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi IPO sesebuah saham, seperti keadaan pasaran semasa, keadaan ekonomi domestik dan global, nilai sesebuah syarikat tersebut dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya membawa peranan penting dalam hala tuju harga pembukaan penyenaraiannya.
Strategi mudah bagi mendapatkan keuntungan dengan saham IPO adalah dengan menjualnya pada hari pembukaan. Asas kenapa perlu menjualnya pada hari pembukaan adalah untuk meminimakan kerugian atau mengambil untung secara pantas. Contoh jika kamu berjaya mendapatkan 50 lot saham dengan harga seunit RM0.20, kamu perlu membayar RM1000. Pada hari pembukaan, saham ini telah meningkat kepada RM0.30. Jika kamu menjualnya terus, kamu sudah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM500! Dengan kata mudah, lebih baik untung sebanyak satu sen daripada terus rugi bukan?
Untuk terus memegang terlalu lama saham sesebuah syarikat bukanlah idea bagus bagi orang yang inginkan keuntungan jangka pendek. Ada juga pelabur bijak yang tahu menilai asas sebuah syarikat tersebut maka beliau memegangnya mungkin berbulan-bulan atau lebih lama walaupun saham itu terus jatuh. Pendapat aku, aku lebih sukakan strategi langgar dan lari. Mohon IPO, dapat, dan terus jual. Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu, adalah sukar untuk membaca perkembangan saham.

Khamis, 24 Februari 2011

Setiap Kita Menyentuh



Aku masih mendengar suara kamu, ketika kamu tidur di sampingku

Aku masih merasakan sentuhan kamu dalam mimpi aku
Maafkan aku kelemahan aku, tapi saya tidak tahu mengapa
Tanpa kamu sukar untuk bertahan hidup.




Kerana setiap kita sentuh, aku mendapat perasaan ini.
Dan setiap kita ciuman Aku bersumpah aku akan terbang.
Tak biasakah kau merasa hati saya berdetik cepat, aku ingin ini terakhir
Perlu kamu di sisiku


Tangan kamu adalah pertahanan ku, hati kamu adalah kebebahagiaan ku.
Kamu akan menghapus air mata yang aku menangis.
Suka dan duka kita telah melalui semua.
kamu membuat aku bangun bila aku terjatuh.


Keajaiban Cinta Ku






Lelaki bertemu gadis
Kamu adalah mimpi aku, di dunia aku
Tetapi aku buta
Kamu mengkhianati aku dari belakang





Jadi pada aku sendiri
Aku merasa begitu sendirian
Meskipun aku tahu itu benar
Aku masih cinta padamu






Aku perlukan Keajaiban
Aku ingin menjadi lelaki kamu
Berikan saya kesempatan untuk melihat
Bahawa kamu dibuat untuk aku





Tolong biarkan aku menjadi lelaki kamu
Suatu hari kamu akan melihat hal ini akan terjadi padaku
Hal ini boleh berlaku pada aku
Ia tetap akan berlaku




Siang dan malam 
Aku sentiasa di sisi mu 
cinta saya adalah pasti 
Perasaan saya murni





Jadi aku memcuba
Tidak perlu tanya kenapa
Kerana aku tahu itu benar
Aku masih cinta padamu


Rabu, 16 Februari 2011

Biar Kan Ia Pergi...

Lena Ku Bermimpi...
Aku Melihat Kau Ketakutan....
Ku Tak Peduli...
Terjaga Tidur Ku...
Ku Tertanya...
Apa Ditinggalkan...
Bila Ku Tiada...

Dan Hari Ini Ku Mahu Kau Tahu...
Saat Itu Maaf Kan Lah Salah  Ku...
Bila-bila Daku Dalam Doa Mu....
Jika Luka Ketika Terase Sunyi...
Segala Nya Di Hati...
Biarkan Ia Pergi...

Usah Kau Gusar Bila Ku Yiada...
Buat Ku Perkasa Dalam Biasa...
Tak Pernah Sempurna...
Kita Hanya Manusia Biasa...

Lupakan  Semua Kepedihan Yang Kau Sembunyi...
Percaya Adanya Wira Kan Hadir Di Sisi...
Ku Bukan Dirimu....

Senyuman Mu Di Kalbu Ku...

senyumanmu...
meninggalkan kesan di kalbu...
yang tidak akan daku lupakan..
dan biar daku kan tersisip di minda...
lirikan mata mu...
di setiap dalam mimpi daku yang lena ...
sewaktu kita bersama...
tersemat di dalam jiwa...
hati ku...

Hey si gadis...
daku bukan nya si jejaka itu...
yang enkau dengar dari kawan-kawan mu...
hey si gadis...
khabarkan ku cerita hari-hari mu...
dan kita punya  minda jiwa...
dan matlamat yang sama...
daku lihat satu tujuan...
yang akan mempunyai beribu pengalaman...
yang tidak berhenti...
melafazkan segala inspirasi...
dan sebenarnya...
enkau lah siti dan enkau lah yuna...
yang boleh membuat daku  berbahagia...

Khamis, 10 Februari 2011

Baru Belajar Membuat Blog...

Niat aku sudah lama dah hendak membuat blog ni...
Tapi apa kan daya aku tidak reti membuat blog ni...
Sebenar nya aku cenburu juga sesiapa yang ada blog ni...

Atas sokongan dan galakan kawan-kawan yang mempunyai blog akhir nya dapat juga aku membuat blog ini...
Ape-ape pun harap anda semua dapat memberi tunjuk ajar dan galakan kepada sya...
sekian terima kasih...

Pasaran Saham Tempatan Kekurangan Pelabur Muda

PASARAN saham tempatan kini berdepan fenomena kekurangan pelabur dari kalangan golongan muda yang tidak berminat melabur dalam pasaran saham kerana bertanggapan ia adalah berisiko tinggi, mahal dan sukar untuk dipelajari.

Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata tanggapan salah itu menyebabkan majoriti pelabur runcit di Bursa Malaysia kini terdiri daripada mereka yang berusia 40-an dan sesuatu perlu dilakukan bagi menangani fenomena itu.

Majoriti pelabur runcit di Bursa Malaysia lebih menjurus kepada golongan yang berada dalam kategori 40-an. Sesi penerangan dan program pendidikan antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan salah faham itu.

Disebabkan itu,, langkah tertentu perlu dilakukan bukan saja bagi mengecilkan jurang perbezaan usia itu, tetapi juga dari segi perspektif pendidikan dan pemahaman mengenai pelaburan...

Kepada Pelabur-pelabur muda sekalian, peluang masa muda beginilah yang perlu diambil. Ubah mentaliti kepada kerja makan gaji kepada pendapatan pasif daripada pelaburan saham. Unit amanah adalah pecahan kecil saham, di mana pelabur-pelabur muda seperti anda pasti boleh melabur dengan modal serendah RM1000.

“The investor of today does not profit from yesterday's growth.” - Warren Buffet -

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya." - Pepatah Melayu Lama -