Khamis, 10 Februari 2011

Pasaran Saham Tempatan Kekurangan Pelabur Muda

PASARAN saham tempatan kini berdepan fenomena kekurangan pelabur dari kalangan golongan muda yang tidak berminat melabur dalam pasaran saham kerana bertanggapan ia adalah berisiko tinggi, mahal dan sukar untuk dipelajari.

Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata tanggapan salah itu menyebabkan majoriti pelabur runcit di Bursa Malaysia kini terdiri daripada mereka yang berusia 40-an dan sesuatu perlu dilakukan bagi menangani fenomena itu.

Majoriti pelabur runcit di Bursa Malaysia lebih menjurus kepada golongan yang berada dalam kategori 40-an. Sesi penerangan dan program pendidikan antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan salah faham itu.

Disebabkan itu,, langkah tertentu perlu dilakukan bukan saja bagi mengecilkan jurang perbezaan usia itu, tetapi juga dari segi perspektif pendidikan dan pemahaman mengenai pelaburan...

Kepada Pelabur-pelabur muda sekalian, peluang masa muda beginilah yang perlu diambil. Ubah mentaliti kepada kerja makan gaji kepada pendapatan pasif daripada pelaburan saham. Unit amanah adalah pecahan kecil saham, di mana pelabur-pelabur muda seperti anda pasti boleh melabur dengan modal serendah RM1000.

“The investor of today does not profit from yesterday's growth.” - Warren Buffet -

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya." - Pepatah Melayu Lama -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan